Sunday, June 28, 2009

Kenyalang No 3


Terlepas kipas sayapku mengapai
Di mana sarang mama
Ranting ranting basah merayu
Bergegar kupas kulitku mengadu
Dahan telah retak


Renungan Puisi
Gambaran tidak kena bagi pemuisi yang biasa berada di dalam situasi dan kedudukan selesa, tiba tiba mendapati dirinya mencari jalan kembali, yang walaupun mungkin situasinya kelak tidak selesa, ia perlu tabah.
Pemuisi terpaksa menghadapi rintangan besar yang menggugat perlindungan dirinya, besar kemungkinan tempat penggantungan hidupnya, samada mata pencarian lumyannya telah tiada.



Saturday, June 27, 2009

Kenyalang No 2



Ilmu Hitam
Mimpi anak anak
Menconteng potret malam
Di tengah siang


Renungan puisi
Pemuisi melukiskan transformasi usaha serta pembelajaran generasi baru ke arah kejatuhan.

Friday, June 26, 2009

Kenyalang No 1



Saya baru siap 50 keping lakaran kalung bertemakan kenyalang, yang kemudian saya transformkan menggunakan Photo Special Effect. Saya akan tunjukkan 10 yang pertama di dalam blog ini (ada antaranya telahpun saya naikkan sebelum ini) untuk memaparkan betapa kalung boleh menyelit diri dengan baik bersama raja burung Sarawak itu. Yang sisa 40 lagi saya simpan dalam lemarilah. Kalau ada orang nak tengok, e mel saya supaya saya boleh naikkan pulak.


Dengan hanya menatap kalungpun saya boleh layangkan fikiran saya ke suasana lain lain. Jadi, setiap karya seni ini saya akan sertakan dengan beberapa baris puisi.

Khianat
Menyapa awan awan mencari teman
Berpoya panjang memimpi ngeri
Di balik langit kita
Ada cahaya bahaya
Tampil kaki bulan berduri
Menyarung sayap patah hati


Renungan puisi
Fikiran pemuisi berpentaskan suasana berdarjat, samada dirinya sendiri dikelilingi orang orang kenamaan atau dia sendiri berada di dalam posisi empuk, untuk mencari keakraban dan nikmat hidup. Pemuisi di dalam mengecapi indah seronok keadaan serta status dirinya itu, mengenali sesuatu yang mencemaskan dirinya. Pemuisi menyedari bahawa ada sesuatu yang tidak kena wujud datang dari luar dirinya, yang mempunyai pengaruh besar bukan sahaja terhadap dirinya tetapi juga orang lain.

Bentuk ancaman itu adalah sesuatu yang jahat dan mampu menyakitkan, muncul ketika orang selalu alpa dan sering dipandang sambil lewa tidak apa apa. Ia adalah sesuatu yang di luar kemampuan sesiapa untuk dihalang maranya yang tentu akan merosakkan.

Kenyalang terbang No 1 mampu mendesir awangan dan mata tajamnya tembus melihat gambar puisi ini.

Lawat jugalah puisi khusus saya di http://www.puisihanyut.blogspot.com/

Pakaian Orang Ulu


Macam macam.

Masa saya kecik mana ada orang sebut 'pakaian Orang Ulu'. Sebabnya - 'orang ulu' tak wujud. Orang belum sebut dan orang belum merujuk istilah itu sebagai sebuah kelompok suku bangsa. Yang orang tahu, 'orang ulu' itu adalah kumpulan manusia yang tinggalnya di ulu ulu sungai, di pendalaman ataupun di pergunungan, jauh dari kemajuan dan bandar. Ia juga digunakan untuk mengecap manusia sebagai kuno, tidak berpendidikan, belum tahu adab makan pakai sudu dan pinggan. Pokoknya 'orang ulu' ini memendam konotasi kurang cun. Lebih kurang macam tinggal tamadun. Sampai orang Semenanjung ingat kita orang masih bergayut atas pokok.

Suatu ketika dulu, beberapa orang pemimpin yang berwawasan, di dalam usaha ingin menyatukan masyarakat minoriti yang diam mereka berselerak di pedalaman dan ulu ulu sungai ini, telah melakukan kesilapan besar. Maklumlah sebab mereka memang orang ulu, telinga saja panjang. Mereka tanpa memikir lama dan merenung panjang telah menerima dan mengaju gelaran itu sebagai mewakili semua kaum minoriti Sarawak yang tinggal di ulu dan pedalaman. Itu sebabnya nama orang ulu itu melekatlah sampai sekarang dengan kumpulan suku suku ini.

Dengan wujudnya kumpulan suku suku sebagai suatu kelompok bangsa yang lebih besar, timbullah kecenderungan untuk membudayakannya seolah olah suku suku ini boleh disatukan. Itu sebab wujudnya Persatuan (Association) Orang Ulu. Lepas itu ada orang smart pulak lagi kasi tukar lagi persatuan itu jadi Federasi (Federation) pulak tapi nama tetap 'orang ulu'. Lepas ini 'orang ulu' itu mauk ditukar pulaklah dengan nama lain sebab mereka, macam saya ni, lejuk dengan label buruk ini. Baguslah tu.
Pakaian Orang Ulu
Bila Melayu ada potongan pakaiannya sendiri, dan bila cina ada cheongsamnya, mulalah orang pikir bahawa Orang Ulupun mesti ada cop pakaiannya sendiri. Mereka ingat senang. Masalah timbul sebab orang orang ulu ini, walaupun sama sama ulu dan sama sama berbulu, ada suku yang belum pandai tanam padi. Kalau memburu, kira boleh tahanlah. Anak anak anjing mereka lihat lebih berharga dari anak sendiri. Mereka ini mana pernah ada pakaian rasmi. Menaripun mana ada dendangnya. Ini pulak nak sebut pakai pakaian ada nama sendiri. Pakai cawat, adalah, tapi mana kita mauk terima sebagai pakaian. Itu bukan pakaian namanya. Itu pelapek anu saja. Jadi, macamana kamu orang nak suruh semua semua suku ulu ini kata 'ini pakaian kamu orang'.

Tapi tak apa. Orang Ulupun manusia juga. Kalau dulu masa mereka jadi orang utan ada bulu lebat, pakaian tak perlu, sekarang bulu dah gugur, mesti cari pakaian.Tak kiralah dia baju kot tebal (macam dekat highland sejuk dekat Bario) ataupun singlet simple sahaja. Dulu mandi telanjang main tutup tangan, sekarang dah mula berkemban. Perubahan ini berlaku bukan kerana mereka sendiri pandai berubah. Ini semua pasal orang bukan orang ulu pergi ulu jadi hantu. Mata terbeliak menusuk kalbu. Jadi seganlah orang ulu tu tengok orang asing ni mandi pakai seluar, sebab dia tak pakai apa apa. Sebelum pulang pulak, orang asing tu bagilah derma sayang swimming pant dia tu. Habis, bila kawan tu pergi mandi, dia tak telanjang lagi. Dia pakailah seluar. Bukan time mandi saja pakai. Bila bilalah pakai.

Maksudnya orang orang ulu sudah pandai berfesyen. Ikut ikutan. Itu makanya orang fesyen ambik peluang jual baju pakai nama Orang Ulu. Laku. Sebab kalungnya berwarna warni, lebih menarik dari kainnya sendiri. Ada manik kain baldu. Saya dengar orang sebelah batas jual pakaian saja boleh buat rumah batu.

Bila penjual penjual kain ini tengok bisnes ini sangat menguntungkan, cawat cawatpun mereka letak kalung. Itu baru original. Yang ini saya boleh buat.

Macam macam.

Cuma sedihnya, sampai sekarangpun saya tak sanggup pakai cawat tu, walaupun kalungnya 'magung' berputar putar sana sini. Mungkinlah satu hari nanti, bila saya sendiri sendiri. Sebab saya dah malas mengaku Orang Ulu, cuma saya dari ulu.

Tuesday, June 23, 2009

Budaya Kalung



Potensinya telah lama dikucil oleh pedagang. Bentuk etniknya yang unggul telah menawan kreativiti pelopor tukang pasu sehingga pasu Sarawak (Sarawak Vase) menjadi terkenal bukan kerana bentuk pasunya unik tetapi gambar yang terpapar di kulit pasu. Ada kalung di situ.

Ini antara contoh barangan bukan tradisi dalam pasaran yang mencetak kalung untuk ditukar wang ringgit. Ada banyak lagi bahan dan barangan lain yang boleh diketengahkan, asal sahaja ada orang yang mencuba.

Media Tradisi
Seseorang perlu melawat rumah panjang kita untuk melihat kalung dan penciptaan aslinya. Ia terpapar di mana mana muka yang boleh dianggap media ukiran seni, tak kira ia sekadar hiasan mahupun barang kegunaan seharian. 'Sue buk' (lebih dikenali sebagi parang ilang) adalah antara artifak yang mendapat kedudukan tinggi di dalam lingkungan nilai tradisinya. Pemiliknya bukan sembarang orang. Ia umpama harta. Lebih banyak dalam simpanan (atau diragakan), lebih tinggi prestij dan pandangan sosial. Ia pula dipamerkan bukan secara terasing dari barangan seni dan harta yang lain termasuk barang hiasan anyaman manik. Itu sebabnya kita sering menjadikan barang ini sebagai alat komunikasi adat samada sebagai tanda penghargaan atau sebagai petunjuk ampun dan pendamaian.

Lihat pula pada dinding, perhatikan usaha kecilan pengekalan budaya dengan gambar ukiran motif ini, hitam putih semburan cat ataupun warna warna lain yang diberus langsung. Pintu rumah adalah antara media biasa ukiran kalung yang semakin mantap dan menarik bila ada pengukir yang mampu membentuk kalung tiga dimensi dengan alat pengukiran semakin canggih.

Kalung liang (kuburan) memiliki mistik lama yang memberi pengiktirafan jasa dan kedudukan istimewa si mati. Bukan sembarang orang pula dikurniakan dengan nama alam maya ini. Bentuk kalung untuk dipakai semasa hiduppun perlu melihat darjat sosial dan kedudukan dalam pengelasan masyarakat. Harimau di'reserved' untuk mereka yang pernah menunjuk dan meninggalkan belang sahaja. Tradisi kalung turut menyumbang memecah masyarakat. Kita bercakap mengenai tatoo yang kita namakan 'betik', yang dicucuk jarum berkali kali pada kulit kaki dan tangan. Seni ini walaubagaimanapun mendiam diri dalam generasi kita dan hanya tampak dalam bentuk yang bukan tradisi bentuknya di kala remaja yang teruja untuk menunjuk kelainan dan kelakian mereka.

Jakarta, November 2007





Jauh dari kampung, macamana pulak benda ni boleh ada di negeri orang. Negeri sendiripun tak nampak lakaran gergasi sebesar dinding. Rupa rupanya negara lain yang ada ratusan juta manusia dan dayaknya terlalu sedikit, boleh mengiktiraf kecantikan pada seni kalung ini. Malu dan terharu saya berdiri di situ. Adakah kerana orang ulu atau dayak di Malaysia tak mampu memperaku kalung atau adakah kerana suku dayak Kalimantan lebih kreatif dan tegas mempromosi dan membudayakan kesenian mereka sehingga berupaya menggantung papan memperagakan ukiran kalung besar untuk diperhati pengunjung dan pelawat terbang seluruh dunia? Belum lagi saya cerita pasal bangunan airport yang ada di Balikpapan.

Sunday, June 21, 2009

Kalung Hobi Saya: Bagaimana Ia Bermula



Benda ni kalau tak silap termasuk dalam sukatan pelajaran drawing masa sekolah rendah dulu. Tapi saya tak ingat apa apa mengenai keupayaan saya melakar kalung. Yang saya ingat pasal matapelajaran itu adalah apabila kami disuruh melukis cicak (benda hidup), dan saya lebih menikmati keindahan hasil lukisan teman sedarjah saya daripada lukisan saya sendiri.


Tapi kalung telah saya perhati dari lakaran pada kelempit (perisai kayu) yang juga termasuk sebagai keperluan sukatan pelajaran sekolah rendah. Bukan juga saya yang buat.


Kalung juga kelihatan menarik pada sa’ung (sunhat) sebagai anyaman manik berwarna warni. Saya ingat saung emak yang besar terhias gantung di dinding kami.


Kalung juga saya perhati menonjol sebagai lakaran jelas pada beberapa pintu rumah panjang.
Saya juga melihat kalung sebagai bahan tonjolan seni pada hujung perahu, pada keranda, pada bumbung padi, pada dnding dan liang (cemetery).


Kalung ada pada bening (baby carrier) sebagai aban (anyaman manik) pada banyak benda terpakai.


Wah. Rupanya kalung adalah sebahagian dari budaya kami.


Tetapi saya tidak ingat memahami dan menguasai keupayaan melakar kalung, walaupun pernah melihat dan mencuba ikut ikut orang tua membuat kalung.


Terpendamlah saja budaya itu sebagai hikayat. Hinggalah tahun 1981.


Saya mulai menemui kecantikan di dalam kalung dan mencari kreativiti di sebalik kalung, bukan membuat sendiri bentuk kalung tetapi cuba meniru bentuk bentuk kalung dari foto dan rupa kalung. Buku adalah rujukan yang membuka mata tradisi sempit saya bahawa kalung adalah amalan budaya lebih luas, menjangkau hingga ke bangsa dan warganegara. Saya menampal dinding bilik saya dengan cebisan majalah macam macam dipotong mengikut motif kalung tidak menentu.


Tahun 1986 saya melihat sendiri keagungan kalung di negara jiran, kampung pecahan bangsa sendiri, yang ternyata mempunyai catatan sejarah unggul memaparkan seni budaya unik ini.
Pada masa yang sama revolusi seni tampak kalung pada fesyen dan pakaian (yang kemudiannya dinamakan pakaian Orang Ulu) muncul dalam pasaran. Saya meilhat pendagangan kalung dalam fesyen. Cuma saya masih belum mampu melakarnya sendiri. Hanya sekadar membaiki keupayaan meniru motif sedia ada dan memindahkannya ke media baru.


Tahun 1991. Tangan mulai gatal. Bermula dengan meniru bentuk, jari saya mulai keluar garisan dan mendapati ruang luas sebagai terlalu luas untuk mencari kalung. Saya memiliki bengkel kecil melakar dan menyembur warna kalung pada plywood. Hobi ini berlarutan hingga menemui dinding di Sandakan sebagai tapak lakaran dan semburan.


Dan kini, kalung rupa rupanya ada di hujung jari. Ke mana ia pergi, ia mampu melakar diri.
Ratusan hasil lakaran di dalam lemari entah apa mauk buat dengan benda benda ini.


Cuma mungkin sebab ia hanya satu hobi, mungkin satu hari ada orang boleh bagi idea untuk bikin benda benda ini lebih menarik lagi supaya boleh tergantung atau terpapar sebagai bahan nyata yang boleh dihayati. Ini hanya andaian kalau orang ada minat yang sama. Ia ada potensi besar untuk masih dipelopori secara ekonomi.

Friday, June 19, 2009

Hornbill Series No 1




Bila sudah mula syok pakai penyodok simple hitam putih, tak apalah kalau ambik gambar. Pakai tekonologi buat saya lagi syok kasi dia pusing pusing.

Wednesday, June 17, 2009

Udoq




Masa kecik tak ada rasa gerun apa apapun dengan benda ni sebab nampak macam sebati dengan semua benda. Ada jugak orang tua yang kerjanya mengukir saja dekat 'pagen naai'. Habis tu, dia gantung benda tu dekat tiang. Menarik, sampai ada orang luar (masa tu saya tak tau rupanya ada tourists) beli.

Kalung Dalam Lakaran




Tak ramai orang pandai buat benda ni. Tapi saya bukan mauk jadi macam ramai orang yang tak pandai tu. Pasal itulah saya cuba. Last last tengok semakin menarik pulak. Bukan saya kata semakin pandai, cuma semakin elok rupanya.

Kerja sambil sambil ni start pada tahun 1992.