Potensinya telah lama dikucil oleh pedagang. Bentuk etniknya yang unggul telah menawan kreativiti pelopor tukang pasu sehingga pasu Sarawak (Sarawak Vase) menjadi terkenal bukan kerana bentuk pasunya unik tetapi gambar yang terpapar di kulit pasu. Ada kalung di situ.
Ini antara contoh barangan bukan tradisi dalam pasaran yang mencetak kalung untuk ditukar wang ringgit. Ada banyak lagi bahan dan barangan lain yang boleh diketengahkan, asal sahaja ada orang yang mencuba.
Media Tradisi
Seseorang perlu melawat rumah panjang kita untuk melihat kalung dan penciptaan aslinya. Ia terpapar di mana mana muka yang boleh dianggap media ukiran seni, tak kira ia sekadar hiasan mahupun barang kegunaan seharian. 'Sue buk' (lebih dikenali sebagi parang ilang) adalah antara artifak yang mendapat kedudukan tinggi di dalam lingkungan nilai tradisinya. Pemiliknya bukan sembarang orang. Ia umpama harta. Lebih banyak dalam simpanan (atau diragakan), lebih tinggi prestij dan pandangan sosial. Ia pula dipamerkan bukan secara terasing dari barangan seni dan harta yang lain termasuk barang hiasan anyaman manik. Itu sebabnya kita sering menjadikan barang ini sebagai alat komunikasi adat samada sebagai tanda penghargaan atau sebagai petunjuk ampun dan pendamaian.
Lihat pula pada dinding, perhatikan usaha kecilan pengekalan budaya dengan gambar ukiran motif ini, hitam putih semburan cat ataupun warna warna lain yang diberus langsung. Pintu rumah adalah antara media biasa ukiran kalung yang semakin mantap dan menarik bila ada pengukir yang mampu membentuk kalung tiga dimensi dengan alat pengukiran semakin canggih.
Kalung liang (kuburan) memiliki mistik lama yang memberi pengiktirafan jasa dan kedudukan istimewa si mati. Bukan sembarang orang pula dikurniakan dengan nama alam maya ini. Bentuk kalung untuk dipakai semasa hiduppun perlu melihat darjat sosial dan kedudukan dalam pengelasan masyarakat. Harimau di'reserved' untuk mereka yang pernah menunjuk dan meninggalkan belang sahaja. Tradisi kalung turut menyumbang memecah masyarakat. Kita bercakap mengenai tatoo yang kita namakan 'betik', yang dicucuk jarum berkali kali pada kulit kaki dan tangan. Seni ini walaubagaimanapun mendiam diri dalam generasi kita dan hanya tampak dalam bentuk yang bukan tradisi bentuknya di kala remaja yang teruja untuk menunjuk kelainan dan kelakian mereka.
No comments:
Post a Comment