Friday, June 26, 2009

Kenyalang No 1



Saya baru siap 50 keping lakaran kalung bertemakan kenyalang, yang kemudian saya transformkan menggunakan Photo Special Effect. Saya akan tunjukkan 10 yang pertama di dalam blog ini (ada antaranya telahpun saya naikkan sebelum ini) untuk memaparkan betapa kalung boleh menyelit diri dengan baik bersama raja burung Sarawak itu. Yang sisa 40 lagi saya simpan dalam lemarilah. Kalau ada orang nak tengok, e mel saya supaya saya boleh naikkan pulak.


Dengan hanya menatap kalungpun saya boleh layangkan fikiran saya ke suasana lain lain. Jadi, setiap karya seni ini saya akan sertakan dengan beberapa baris puisi.

Khianat
Menyapa awan awan mencari teman
Berpoya panjang memimpi ngeri
Di balik langit kita
Ada cahaya bahaya
Tampil kaki bulan berduri
Menyarung sayap patah hati


Renungan puisi
Fikiran pemuisi berpentaskan suasana berdarjat, samada dirinya sendiri dikelilingi orang orang kenamaan atau dia sendiri berada di dalam posisi empuk, untuk mencari keakraban dan nikmat hidup. Pemuisi di dalam mengecapi indah seronok keadaan serta status dirinya itu, mengenali sesuatu yang mencemaskan dirinya. Pemuisi menyedari bahawa ada sesuatu yang tidak kena wujud datang dari luar dirinya, yang mempunyai pengaruh besar bukan sahaja terhadap dirinya tetapi juga orang lain.

Bentuk ancaman itu adalah sesuatu yang jahat dan mampu menyakitkan, muncul ketika orang selalu alpa dan sering dipandang sambil lewa tidak apa apa. Ia adalah sesuatu yang di luar kemampuan sesiapa untuk dihalang maranya yang tentu akan merosakkan.

Kenyalang terbang No 1 mampu mendesir awangan dan mata tajamnya tembus melihat gambar puisi ini.

Lawat jugalah puisi khusus saya di http://www.puisihanyut.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment